SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat
membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam
Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik,
iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja,
beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam
tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan
lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan
semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan
mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat
yang tidak sama.
Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku
antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan
kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan,
manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran
ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur,
badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini
tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu,
kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan
penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat. Seterusnya,
selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak
stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita
memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah
petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini
menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti Zuhur, empat
rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas
dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari
kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa
yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan
sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang
berbanding dua waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran Profesor itu
mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita
tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.
Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan
mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan
tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam
(qiamulllail) .
Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa
Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan
Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu
sendiri. Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta
alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah, beliau memeluk Islam
No comments:
Post a Comment