About us

Muqaddimah
Laman blog Surau Hasan al-Basri ini adalah cetusan idea daripada Ustaz Abd. Hadi Bin Mohamed Suhaimi (Guru Kanan Bidang Pendidikan Islam & Bahasa Arab SMKA Segamat) pada awal tahun 2012. Idea ini direalisasikan dengan bantuan Ust.Rumaja bin Sarmin (Guru Bahasa Arab dan Guru Perpustakaan & Media) yang berjaya dikemaskini pada akhir tahun 2012.
Laman blog ini diusahakan adalah dengan hasrat untuk mencapai objektif seperti berikut :


a. Menyediakan sumber maklumat alternatif untuk semua guru dan pelajar sekolah ini.

b. Memperkenalkan surau utama di sekolah ini kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum

c. Memaparkan laporan ringkas aktiviti-aktiviti di bawah naungannya 

d. Menyediakan 'one stop centre' pautan website berkaitan Pendidikan Islam

e. Menyampaikan pelbagai maklumat dan tazkirah dari semasa ke semasa
f.  Memberi pendedahan kepada pelajar perkembangan isu-isu semasa


Visi Surau Hasan al-Basri
Surau Hasan al-Basri SMKA Segamat Johor Cemerlang Menjelang Tahun 2020


Misi Musolla Hasan al-Basri

1. Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran surau bestari.
2. Meningkatkan sahsiah dan akhlak mulia para pelajar.
3. Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti kerohanian untuk warga sekolah.
4. Memupuk budaya cintakan surau.
5. Mewujudkan persekitaran surau yang kondusif.
6. Membina hubungan baik dengan pihak yang berkepentingan


Sejarah Suruau Hasan al-Basri

Surau Hasan al-Basri mula didirikan pada tahun 1999 hasil usaha Pengetua dan sokongan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang bermula pada tahun 1988. Surau ini dinaiktaraf dari semasa ke semasa hasil sumbangan kewangan daripada pelbagai pihak secara rasmi dan tidak rasmi.


Fasiliti Surau Hasan al-Basri pada tahun 2018

Surau Hasan al-Basri sehingga tahun 2018 mampu menampung seramai 700 jemaah pada satu-satu masa dalam 2 ruang solat iaitu ruang solat muslimin dan ruang solat muslimat.

Antara fasiliti terkini di surau ini ialah :

1)   Koleksi Kitab al-Quran, Surah Yaasin dan Ma'thurat
2)   Projektor LCD dan layar putih
3)   Perpustakaan Mini
4)   Bilik P.A. System, pembesar suara dan aksesorinya
5)   Sudut maklumat dan info semasa
6)   Tandas dan tempat wuduk
7)   Karpet sejadah hasil program 'wakaf sejadah'
8)   Meja dan kerusi untuk penceramah
9)   Cermin 'diri'
10) 1 unit 'air-cond'
11) 1 unit jam waktu solat

Nota : Pihak Pengurusan Surau Hasan al-Basri sangat mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada semua pihak bagi membantu penambahbaikan fasiliti surau ini pada masa-masa akan datang. Sumbangan tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Maklumat Akaun  Surau Hasan al-Basri SMKA Segamat : 
Bank Muamalat (Surau Hasan al-Basri SMKA Segamat)
No.Akaun : 01050002509718

Untuk pertanyaan sila hubungi :
Ust. Abdul Hadi Bin Mohamed Suhaimi
(Guru Kanan Bidang Pendidikan Islam SMKA Segamat)
H/P: 013 38117512

Ust. Solehuddin Bin Muhammad Ridzuan
(Bendahari Surau Hasan al-Basri SMKA Segamat)
H/P: 0192059649


Edited by Rumaja 9 Jan 2018




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUNJUNG