Hasan al-Basri
Hasan al-Basri (642 - 728 atau
737); bahasa Arab:الحسن بن أبي الحسن البصري ; Abu
Sa'id al-Hasan ibn Abi-l-Hasan Yasar al-Basri) ialah ahli teologi Arab
terkenal dan Cendekiawan Muslim.
Hasan al-Basri
dilahirkan di Madinah pada masa pemerintahan Khalifah
Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Beliau pernah menyusu dengan Ummu Salamah, isteri
Rasulullah S.A.W. Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang
sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradaban Islam.
Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan.
Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan.
Biografi
Bapa beliau bernama
Pirouz (Persian:
پيروز, kemudiannya dikenali Abol Hasan, atau bapa kepada Hasan), adalah tuan
tanah Parsi (دهگان) di sebuah kampung Khuzestan dan menjadi hamba semasa
kempen ketenteraan di zaman Khalifah Umar. Pirouz kemudiannya dibawa balik ke Madinah sebagai seorang
mawali. Dalam kekacauan perang, Pirouz
bersama dengan seorang perawan dari kampungnya, diberikan kepada Ummu Salama.
Ummu Salama menghadiahkan mereka berdua kepada saudara terdekat beliau dan
kedua-duanya berkahwin dengan tuan mereka dan dibebaskan [1]. Dikatakan Ummu Salama selalu menyusukan
Hasan. Hasan kemudiannya dipanggil Tabi'in
(generasi selepas sahabat).
Hasan menjadi guru di Basrah, (Iraq) dan menubuhkan madrasah di sana. Antara pengikutnya yang terkenal adalah Amr ibn Ubayd dan Wasil ibn Ata, pengasas mazhab Muktazilah.
Hasan adalah penyokong
kuat nilai tradisional (orthodox) dan cara hidup zuhud. Menurut beliau takut
adalah asas kepada moral dan kesedihan adalah ciri agama; kehidupan hanyalah
perjalanan untuk ke akhirat, dan kesenangan hendaklah dinafikan untuk menewaskan
nafsu. Hasan al-Basri juga dipandang tinggi oleh ahli sufi kerana sikap zuhudnya[2]. Walau bagaimanapun, beliau bukanlah seorang
sufi.[3]
Hasan dikenali sebagai
seorang yang suci jiwanya menyamai para sahabat. Dalam politik, beliau menentang
sistem pewarisan khalifah dalam dinasti Umayyah tetapi percaya kepada pemilihan khalifah. Walau
pun mempunyai pandangan kritis mengenai pemerintahan Umayyah, beliau tidak
menyokong pemberontakan terhadap pemerintahan tidak adil khalifah Umayyah.
Khutbah beliau mengandungi antara contoh terbaik dan terawal sastera Arab[4]. Beliau berkahwin dengan
seorang wanita dari Ahli
Kitab[5].
Rujukan
Riwayat hidup Hasan
al-Basri diberikan dalam Kamus Biografi Imam Nawawi (ed.
F.
Wüstenfeld, Göttingen, 1842-1847).
Lihat juga
- Reinhart Dozy, Essai sur l'histoire de l'islamisme, m.s. 201 sqq. (Leiden dan Paris, 1879)
- Alfred von Kremer, Culturgeschichtliche Streifzüge auf dem Gebiete des Islams , m.s. 5 seq.
- Reynold Alleyne Nicholson, Sejarah kesusasteraan orang-orang Arab, m.s. 225-227 (London, 1907).
- Rencana ini menggabungkan teks daripada Ensiklopedia Britannica Edisi Ke-11, sebuah terbitan yang kini di domain awam.
No comments:
Post a Comment